Budak 3 tahun maut jatuh daripada tingkat 6

Budak 3 tahun maut jatuh daripada tingkat 6

Kanak-kanak lelaki itu ditemukan orang awam di laluan pejalan kaki.

Ketua Polis Petaling Jaya, Shahrulnizam Ja’afar, berkata kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kanak-kanak tiga tahun ditemukan meninggal dunia di laluan pejalan kaki dipercayai jatuh daripada tingkat enam, dalam kejadian di sebuah pangsapuri dekat Kota Damansara.

Ketua Polis Petaling Jaya, Shahrulnizam Ja’afar, berkata mangsa ditemui orang awam yang kemudian membuat laporan pada 4.42 petang, Khamis lalu.

“Mangsa disyaki terjatuh daripada tingkat enam pangsapuri tersebut dan telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, kertas siasatan dibuka dengan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222 atau pegawai penyiasat Ainaa Athira di talian 010-2762186.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.