
Ketua Polis Negara, Khalid Ismail, berkata pihaknya masih giat mengesan individu terbabit dan mengenal pasti kewarganegaraannya.
Minggu lalu, Rafizi berkata isterinya menerima dua mesej ugutan sehari selepas anak lelaki mereka diserang dua lelaki menggunakan picagari.
Bekas timbalan presiden PKR berkata, isterinya menerima mesej daripada nombor tidak dikenali yang berbunyi: “Diam, kalau teruskan…AIDS”.
Beberapa jam kemudian, isterinya sekali lagi menerima mesej sama disertakan ikon gambar picagari.
Pada 13 Ogos, anak lelaki Rafizi berusia 12 tahun diserang di sebuah pusat membeli-belah di Putrajaya kira-kira 2 petang.
Rakaman CCTV menunjukkan dua lelaki berpakaian hitam sepenuhnya dan bertopi keledar yang menutup seluruh muka mengekori kereta isterinya dengan motosikal sebelum kejadian.
Anaknya yang ditarik dan dicucuk dengan picagari dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan.
Bekas menteri ekonomi berkata, beliau mengesyaki serangan itu ada kaitan satu skandal sedang ditelitinya, menyatakan beliau bertemu dengan pemberi maklumat seminggu sebelum kejadian.
Khalid berkata, setakat ini seramai 19 individu diambil keterangan termasuk keluarga Rafizi dan pemandu mereka.
Diminta mengulas mengenai individu dikenal pasti oleh Rafizi dalam hantaran media sosial selepas serangan itu, Khalid berkata beliau tidak dapat memberikan komen.
“Itu di luar bidang kuasa saya,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman