Jalil Hamid meninggal dunia

Jalil Hamid meninggal dunia

Terdahulu, pelakon veteran berusia 69 tahun itu dilaporkan pernah alami masalah jantung.

jalil hamid
Antara anugerah berprestij pernah dimenangi Jalil Hamid sepanjang kerjayanya termasuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-13. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Pelakon veteran Jalil Hamid dilaporkan meninggal dunia tengah hari tadi.

Menurut anaknya, Afiqah, bapanya didapati tidak lagi bernyawa ketika dikejutkan oleh ibunya kira-kira 12.30 tengah hari.

“Selepas solat Subuh, ayah tertidur. Kemudian sekitar 12.30 tengah hari, ibu pergi periksa ayah dan dapati ayah sudah tiada,” katanya kepada pemberita, lapor Utusan Malaysia.

“Kami sekeluarga memohon semua mendoakan agar urusan ayah dipermudahkan dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.”

Jalil dijangka dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan USJ 21.

Terdahulu, penggiat seni berusia 69 tahun itu dilaporkan pernah mengalami masalah jantung sehingga menyebabkan keadaan fizikalnya merosot.

Sepanjang kerjayanya, Jalil pernah meraih anugerah berprestij, termasuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-13.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.