Felcra catat RM178 juta untung boleh agih interim pertama tahun ini

Felcra catat RM178 juta untung boleh agih interim pertama tahun ini

RM101 juta akan diagih kepada 74,300 peserta di seluruh negara secara berperingkat mulai hari ini, kata Zahid Hamidi.

wisma felcra
Felcra Bhd tunjuk peningkatan hampir RM2 juta dalam untung boleh agih interim pertama tahun ini, berbanding prestasi dalam tempoh sama tahun lepas, menurut Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi. (Gambar Bernama)
PASIR SALAK:
Felcra Bhd mencatatkan keuntungan boleh agih interim pertama 2025 sebanyak RM178 juta, menunjukkan peningkatan daripada prestasi tahun sebelumnya.

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi yang juga menteri kemajuan desa dan wilayah berkata, daripada jumlah itu, RM101 juta akan diagihkan kepada 74,300 peserta di seluruh negara secara berperingkat mulai hari ini.

“Saya mengucapkan syabas kepada Felcra kerana kejayaan mengekalkan prestasi yang baik, iaitu kenaikan hampir RM2 juta daripada prestasi bagi tempoh yang sama tahun lepas,” katanya pada majlis pengisytiharan keuntungan boleh agih interim pertama 2025 projek-projek peserta Felcra hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Rubiah Wang dan Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Idris Lasim.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.