
Kedua-dua tertuduh yang berusia 15 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mohamad Azlan Basri, menurut Berita Harian.
Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka mereka didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap pelajar lelaki berusia 16 tahun di dewan sekolah berkenaan kira-kira jam 12.15 tengah hari pada 21 Julai lalu.
Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Hazwani Md Nor manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Farah Azlinda Zahari.
Mahkamah membenarkan RM1,000 dengan seorang penjamin untuk setiap tertuduh dan memerintahkan mereka tidak mengganggu mangsa sepanjang prosiding kes.
Sebutan kes ditetapkan pada 28 Oktober depan bagi mendapatkan status laporan akhlak sebelum hukuman dijatuhkan.
Media sebelum ini melaporkan seorang pelajar lelaki cedera di mata kiri, sakit kepala dan muntah selepas dipercayai dipukul rakan sekelas di sekolah berkenaan.