
“Kita beri kepada pendakwa raya selama dua hari .. esok dan Rabu.
“Sekiranya tiada langsung pendakwaan terhadap individu ini, pada Khamis saya akan turun dan kita akan beri kelas untuk ajar ‘apek’ ini cara bagaimana nak pasang bendera dengan betul,” katanya dalam satu video di Facebook.
“Kita akan tunggu sama ada pendakwa raya nak dakwa atau tidak, atau nak dakwa atas seksyen mana.
“Kita minta agar dia didakwa atas seksyen yang lebih berat supaya dia dikenakan hukuman yang jauh lebih berat,” katanya.
Semalam, polis menahan pemilik kedai perkakasan berusia 59 tahun kerana mengibarkan Jalur Gemilang dalam keadaan terbalik.
Ketua Polis Seberang Perai Utara Anuar Abd Rahman berkata, kertas siasatan itu dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya petang tadi dan akan dirujuk ke Putrajaya bagi mendapat arahan lanjut.
Beliau berkata sebanyak 16 laporan polis mengenai kejadian itu diterima di seluruh negara, termasuk 12 dari Pulau Pinang.
Video kejadian itu yang tular memaparkan seorang lelaki mengibarkan Jalur Gemilang dalam keadaan terbalik dan seorang lagi merakamkan perbuatan itu.
Menurut Malaysiakini, pemilik kedai itu berkata dia sedang mengukur panjang sebatang tiang besi sambil menggantung bendera, dan tidak menyedari bahawa bendera itu terbalik.
Lelaki itu berkata, dia segera membetulkan kesilapan itu setelah menyedarinya.
Dia juga memohon maaf atas kesilapan tersebut dan membuat laporan di balai polis Kepala Batas untuk memberikan penjelasan.