Rundingan kerjasama BN, PH, GRS hampir selesai, kata Zahid

Rundingan kerjasama BN, PH, GRS hampir selesai, kata Zahid

Pengerusi BN berkata rundingan kerusi tiga gabungan itu akan dimuktamadkan sama ada sebelum atau ketika pembubaran DUN Sabah.

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi (empat dari kiri) meninjau kawasan sempena Majlis Pecah Tanah Kompleks Lembu Tenusu PKPS di Ladang Sungai Tengi, Kuala Selangor hari ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Rundingan kerjasama dan agihan kerusi antara Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi menghadapi PRN Sabah hampir selesai, kata Zahid Hamidi.

Pengerusi BN merangkap timbalan perdana menteri berkata, rundingan kerusi tiga gabungan itu akan dimuktamadkan sama ada sebelum atau ketika pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Peringkat BN-PH hampir selesai dan saya diberitahu untuk GRS juga akan selesai. Bila ia akan dimuktamadkan nanti tunggulah (DUN Sabah) dibubarkan,” katanya menurut Sinar Harian selepas Majlis Pecah Tanah Kompleks Lembu Tenusu Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di Ladang Sungai Tengi, Kuala Selangor.

Jun lalu, media melaporkan rundingan kerjasama BN dan PH bagi PRN Sabah sudah memasuki fasa akhir.

Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata, ia membabitkan semua komponen BN, termasuk dengan rakan strategik di Sabah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.