
Dalam mesyuarat pertama PHEB yang berlangsung hari ini, lembaga itu turut melantik Senator A Lingeshwaran sebagai timbalan pengerusi.
“Selain itu, Exco Perumahan dan Alam Sekitar negeri S Sundarajoo dilantik sebagai exco yang bertanggungjawab menyelaras hal-hal berkaitan dengan kerajaan negeri.
“PHEB berharap dapat bekerjasama di bawah kepimpinan Rayer untuk berkhidmat dan memperkasakan komuniti Hindu di Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan.
Pada 1 Ogos lepas, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengumumkan pelantikan 19 pesuruhjaya PHEB baharu bagi tempoh 1 Ogos 2025 hingga 31 Julai 2026.
Selain Rayer dan Lingeshwaran, tokoh lain yang turut dilantik termasuk Adun Bagan Dalam K Kumaran, Adun Batu Uban A Kumaresan dan Pengerusi MIC Pulau Pinang J Dhinagaran.