
Anwar diiringi Menteri Besar Kelantan Mohd Nassuruddin Daud meluangkan masa selama setengah jam beramah mesra dengan pelawak popular berusia 36 tahun itu.
Semasa pertemuan, Anwar turut bertanya keadaan bapa Amir yang menerima rawatan kanser usus di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.
Perdana menteri dan Nassuruddin turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada pelawak berkenaan.
Kunjungan tersebut susulan hantaran dimuat naik di Facebook Amir semalam yang menyatakan hasrat bertemu pemimpin nombor satu negara.
Amir pula melahirkan rasa syukur dan terharu kerana dapat bertemu Anwar.
“Saya hanya membuat hantaran di Facebook kerana tahu perdana menteri akan hadir merasmikan majlis penutup PMR (Program Madani Rakyat) berdekatan kedai.
“Saya bertanya siapa yang menguruskan kehadiran beliau dan tidak sangka perdana menteri sendiri tahu tentang masalah saya,” katanya.
Pelawak itu berkata, beliau kemudian dimaklumkan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri Farhan Fauzi semalam, yang Anwar akan singgah ke kedainya.
“Syukur dan terkejut, saya sangka perdana menteri sahaja yang akan hadir tetapi ramai pemimpin besar yang hadir,” katanya.