Disyaki serang seksual murid, guru besar lepas dengan jaminan

Disyaki serang seksual murid, guru besar lepas dengan jaminan

Polis Melaka berkata suspek ditahan semalam dan memberi kerjasama semasa siasatan.

abuse
Murid Tahun 6 memberitahu ibunya dia diserang secara seksual di sekolah beberapa kali.
PETALING JAYA:
Guru besar yang didakwa mencabul seorang pelajar lelaki 12 tahun di tandas dan pejabat sekolah dibebaskan dengan jaminan, kata polis Melaka malam ini.

Ketua Polis Melaka Dzulkhairi Mukhtar, berkata suspek ditahan semalam pada hari sama ibu mangsa membuat laporan.

“Kami sedang menyiasat kes ini atas kesalahan serangan seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak,” katanya kepada FMT.

Dzulkhairi turut berkata, suspek memberikan kerjasama semasa siasatan.

Awal hari ini, Utusan Malaysia melaporkan murid Tahun 6 itu memberitahu ibunya dia telah mengalami serangan seksual beberapa kali.

Dia mendakwa kejadian terbaharu berlaku di tandas sekolah, pada 29 Julai.

Memetik sumber, dilaporkan murid berkenaan telah pergi ke tandas bersama dua rakan sekelasnya.

Guru besar itu masuk dalam tandas dan menyuruh seorang daripada rakan sekelas mangsa kembali ke kelas, tanpa menyedari rakan sekelasnya yang kedua berada dalam satu bilik air.

Suspek didakwa memeluk mangsa dari belakang dan berbisik ‘I love you’.

Beliau juga didakwa memaksa kanak-kanak itu berkata ‘I love you, too’.

Kanak-kanak lelaki itu mendakwa kejadian sama berlaku pada Jun apabila dia dan seorang rakan diminta membantu mengepilkan klip pada sijil di Pejabat Guru Besar.

Guru besar itu juga didakwa meraba mangsa di hadapan rakannya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.