Bekas Ahli Parlimen Sabak Bernam meninggal dunia

Bekas Ahli Parlimen Sabak Bernam meninggal dunia

Mat Yasir Ikhsan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 3 pagi tadi akibat sakit tua.

Mat Yasir Ikhsan
Mat Yasir Ikhsan bekas wakil rakyat Barisan Nasional di DUN Sungai Air Tawar dari 1999 hingga 2004 serta Parlimen Sabak Bernam pada 2004 hingga 2008.  (Gambar Facebook)
SHAH ALAM:
Bekas Ahli Parlimen Sabak Bernam, Mat Yasir Ikhsan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) jam 3 pagi tadi pada usia 78 tahun akibat sakit tua.

Perkara itu disahkan anak lelakinya, Azwan Mat Yasir, 45, menerusi satu hantaran di Facebook.

Beliau memaklumkan jenazah bapanya akan diurus dan disolatkan di Surau Raudhah Al Muttaqin, Seksyen 4 sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, selepas solat asar.

“Mohon doa dari jiran dan sahabat untuk arwah. Semoga perjalanannya ke alam barzakh diberkati,” katanya menerusi hantaran itu.

Mat Yasir merupakan bekas wakil rakyat Barisan Nasional di kerusi DUN Sungai Air Tawar dari 1999 hingga 2004 serta Parlimen Sabak Bernam pada 2004 hingga 2008.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.