SKMM siasat kandungan TikTok, Muhyiddin dihubungi sebagai saksi

SKMM siasat kandungan TikTok, Muhyiddin dihubungi sebagai saksi

Fokus siasatan tidak melibatkan dakwaan atau pertuduhan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin.

mcmc-skmm-mcmc
SKMM diarah Pejabat Perdana Menteri supaya menjalankan siasatan selepas Muhyiddin Yassin nafi pernah keluar kenyataan mempertahankan kebajikan warga asing dalam isu rasionalisasi subsidi. (Gambar SKMM)
PETALING JAYA:
Fokus siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak melibatkan sebarang dakwaan atau pertuduhan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin.

SKMM memaklumkan siasatan tersebut melibatkan kandungan sebuah akaun TikTok, yang mengaitkan beliau dengan satu dakwaan berhubung subsidi bersasar RON95.

“Fokus siasatan adalah bagi mengesahkan konteks kandungan yang disiarkan,
dan tidak melibatkan sebarang dakwaan atau pertuduhan terhadap beliau,” menurut kenyataan.

Dalam pada itu, SKMM mengumumkan ia telah menghubungi Muhyiddin untuk memberi keterangan sebagai saksi bagi membantu siasatan.

Semalam, SKMM diarah Pejabat Perdana Menteri supaya menjalankan siasatan selepas Muhyiddin nafi pernah keluar kenyataan mempertahankan kebajikan warga asing dalam isu rasionalisasi subsidi.

Muhyiddin mengulas dakwaan perdana menteri bahawa beliau mempertikai kerajaan membebankan orang asing yang turut menyumbang kepada negara susulan pelaksanaan rasionalisasi subsidi.

Muhyiddin menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah, dan menunjukkan Anwar Ibrahim tidak membuat semakan dengan betul sebelum mengeluarkan kenyataan di Parlimen.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.