
Timbalan Ketua Polis Pahang Azry Akmar Ayob, berkata suspek merupakan warga tempatan berusia 44 tahun.
“Pihak polis menerima laporan daripada seorang pengurus syarikat berusia 32 tahun kira-kira 4.48 petang, Sabtu lalu yang mendakwa cip berkenaan telah dilarikan,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih 14 tahun, dengan sebatan serta boleh didenda jika sabit kesalahan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek agar menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Bentong di talian 09-222 2222 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.