SPRM tahan broker tanah disyaki kemuka matan palsu

SPRM tahan broker tanah disyaki kemuka matan palsu

SPRM berkata suspek menggunakan geran mengandungi butiran matan palsu bagi mendapat wang hasil jualan tanah kira-kira RM3.8 juta.

Broker tanah ditahan reman selama tujuh hari sehingga 11 Ogos depan.
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan telah menahan reman seorang broker tanah kerana disyaki menggunakan geran disyaki mengandungi butiran matan palsu bagi mendapatkan wang hasil jualan tanah kira-kira RM3.8 Juta.

Perintah reman selama tujuh hari sehingga 11 Ogos terhadap suspek lelaki berkenaan dikeluarkan Majistret Saiful Sayoti selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Seremban, pagi tadi.

Menurut sumber, suspek berusia lingkungan 40-an ditahan kira-kira 5.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Negeri Sembilan.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek disyaki telah menggunakan dokumen mengandungi butir matan palsu iaitu geran di Mukim Lenggeng, Seremban atas nama seorang individu lain.

Menurutnya, tindakan itu bagi mendapatkan wang hasil jualan tanah dianggarkan berjumlah kira-kira RM3.8 Juta.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 Akta SPRM 2009.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.