
Beliau berkata, Malaysia berpendirian teguh untuk mengekalkan dasar penyedia perkhidmatan awam dan platform media sosial masih tertakluk kepada liabiliti jenayah bawah undang-undang negara.
Selain itu, Tengku Zafrul berkata kerajaan Malaysia mempunyai hak untuk meminta akses atau mengarahkan syarikat memindahkan kod sumber perisian yang digunakan dalam infrastruktur kritikal, perolehan kerajaan dan sektor perkhidmatan kewangan, hal perlesenan dan kehakiman.
“Malaysia menekankan komitmen kerajaan yang telus dan seimbang dalam dua aspek. Aspek pertama iaitu komitmen untuk melindungi harta intelek syarikat daripada pemindahan teknologi secara paksa, menggalakkan inovasi dan memastikan persaingan yang adil di pasaran antarabangsa.
“Bagi aspek kedua pula adalah untuk memelihara kedaulatan, keselamatan dan kestabilan ekonomi negara,” katanya pada sesi penerangan menteri mengenai rundingan tarif timbal balik dengan AS, di Dewan Rakyat.
Pada 1 Ogos lalu, kadar tarif baharu untuk Malaysia diumumkan sebanyak 19% iaitu penurunan 6% daripada kadar 35% diumumkan pada 7 Julai lalu.