Semua Adun GRS akan pertahan kerusi, kata ketua PBS

Semua Adun GRS akan pertahan kerusi, kata ketua PBS

Perkara itu diumum Joachim Gunsalam yang juga pemangku presiden PBS, parti komponen GRS.

GRS mengusai 42 kerusi di DUN Sabah dengan mandat sedia ada akan tamat pada 11 Nov, jika tidak berlaku pembubaran awal.
PETALING JAYA:
Semua Adun Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan mempertahankan kerusi masing-masing pada PRN akan datang, kata seorang pemimpinnya.

Joachim Gunsalam mengumumkan perkara itu pada Mesyuarat Tahunan Parti Bersatu Sabah (PBS) Telupid, lapor The Borneo Post.

Gunsalam, yang juga pemangku presiden PBS, turut menyeru ahli parti memberikan sokongan kepada ketua bahagian Jonnybone Kurum untuk dipilih semula sebagai Adun Telupid.

Beliau berkata, kerajaan GRS berupaya menjamin kestabilan politik di Sabah kerana ia merangkumi lapan parti tempatan yang meletakkan pembangunan negeri sebagai keutamaan.

Menurut Gunsalam yang juga menteri kerajaan tempatan dan perumahan Sabah, berkata kestabilan dicapai menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi sejak GRS mengambil alih pentadbiran negeri.

GRS menguasai 42 daripada 79 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dengan PBS memiliki tujuh kerusi.

Penggal lima tahun DUN sedia ada akan tamat pada 11 Nov, kecuali pembubaran berlaku lebih awal bagi memberi laluan kepada pilihan raya baharu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.