
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Bomba Pulau Pinang John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.10 pagi sebelum jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai terus ke lokasi.
“Sebaik tiba, (kami) mendapati terdapat kebocoran bahan kimia jenis ammonia berkuantiti 500 liter dan komander operasi dimaklumkan, pihak syarikat telah meneuteralkan kebocoran tersebut sebelum bomba tiba. Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) juga telah dihubungi untuk ke lokasi.
“Komander operasi Hazmat membuat ‘size up’ dan bertindak mengambil bacaan menunjukkan pH 4 sebelum mengarahkan pihak syarikat untuk membuat sekatan bagi menghalang pengaliran bahan kimia tesebut,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, pasukan Hazmat menjalankan kerja-kerja nyah cemar asid itu menggunakan Soda Ash hingga selesai dan bacaan pH diambil semula bagi memastikan keadaan selamat.
John berkata, operasi tamat sepenuhnya pada 1.25 tengah hari dan tiada mangsa yang cedera dalam kejadian tersebut.