
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Mohamed Usuf Jan Mohamad, berkata seorang lelaki yang juga suspek membuat laporan pada 9.34 malam Rabu memaklumkan anak angkatnya tidak sedarkan diri di rumah.
Menurutnya, sepasukan anggota polis menemui mangsa terbaring di ruang tamu dalam keadaan kebiruan dan kesan lebam pada badan.
“Sepasang suami isteri berusia 38 dan 50 tahun ditahan bagi membantu siasatan bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya menurut Sinar Harian sambil menambah permohonan reman akan dibuat hari ini terhadap pasangan itu.
Beliau berkata, mayat bayi itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk proses bedah siasat.