
Tertuduh berusia 64 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga peniaga santan itu didakwa merogol adik ipar apabila hubungan tersebut tidak dibenarkan mengikut undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan untuk berkahwin dengan wanita tersebut.
Perbuatan itu dilakukan dalam bilik tidur di dalam sebuah rumah di Bachok dekat Kota Bharu, kira-kira 3 petang pada 18 Jan lalu, lapor Kosmo.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mazlan tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan pertuduhan itu melibatkan mangsa yang mempunyai hubungan kekeluargaan.
Namun, mahkamah membenarkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap dua bulan sekali dan menetapkan 26 Ogos ini untuk sebutan semula kes.
Tertuduh membayar ikat jamin yang ditetapkan mahkamah.