
Roland menyertai tiga lagi naib presiden yang dipilih pada pemilihan parti pada Mei lalu iaitu Amirudin Shari, Aminuddin Harun, Chang Lih Kang, dan R Ramanan.
Dalam kenyataan selepas mesyuarat kepimpinan, PKR turut mengesahkan pelantikan Fuziah Salleh sebagai setiausaha agung, Fahmi Fadzil (ketua penerangan), William Leong (bendahari agung), Adam Adli (pengarah komunikasi), Maszlee Malik (pengarah biro antarabangsa), dan Akmal Nasir (ketua biro ekonomi).
Selain itu, PKR turut mengumumkan ahli lantikan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) melibatkan Abu Hafiz Salleh Hudin, Romli Ishak, Manolan Mohamad, Awang Husaini Sahari, Afandi Salleh, Nor Azman Mohamad, dan Yuneswaran Ramaraj.
Saifuddin Shafi Muhammad, Aidi Amin Yazid, Bryan Ng Yih Miin, dan Sivamalar Genapathy pula diberi tugas sebagai timbalan setiausaha.
Hee Loy Sian dilantik sebagai timbalan bendahari agung; Siti Aishah Shaik Ismail sebagai timbalan ketua penerangan; Syaril Showkat Ali sebagai timbalan setiausaha pengelola.
Fahmi berkata, Presiden Anwar Ibrahim yang juga perdana menteri turut menyampaikan pandangan serta menjelaskan beberapa perkara berkait isu semasa termasuk proses pelantikan hakim serta isu rantau Asia Tenggara khusus berkait konflik antara Thailand dan Kemboja.