
Ketua Pengarah Sirajuddin Suhaimee menjelaskan, siasatan mendapati berlaku salah faham berhubung pegawai bertanggungjawab (PIC) dalam permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
Katanya, individu dianggap PIC itu sebenarnya pegawai syarikat katering bukan daripada Jakim.
“Beliau sedang bercuti bersalin dan syarikat telah mencalonkan pengganti. Bagaimanapun, individu pengganti perlu melalui latihan terlebih dahulu sebelum melaksanakan tugas sebagai eksekutif halal,” katanya dalam kenyataan.
Rabu lalu, Malaysiakini melaporkan Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abdul Kadir dalam jawapan di Dewan Rakyat membangkitkan kelewatan Jakim memproses permohonan syarikat untuk mendapatkan sijil halal.
Maklum balas itu susulan penemuan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2025 yang mendedahkan HCTM menganugerahkan kontrak katering tiga tahun bernilai RM25.64 juta kepada sebuah syarikat yang tidak memiliki sijil halal daripada Jakim.
Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2025 mendapati syarikat itu, yang dikenal pasti sebagai 0267299-T, memperoleh tender untuk membekalkan makanan kepada pesakit di HCTM dari Februari 2024 hingga Februari 2027.
Menurut laporan itu, perolehan tender tersebut bertujuan ‘menyediakan sajian makanan yang halal kepada pesakit HCTM bersesuaian dengan status Dapur Utama yang telah mendapat pensijilan halal daripada Jakim’.
Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2025 mendapati syarikat itu, yang dikenal pasti sebagai 0267299-T, memperoleh tender untuk membekalkan makanan kepada pesakit di HCTM dari Februari 2024 hingga Februari 2027.
Menurut laporan itu, perolehan tender tersebut bertujuan ‘menyediakan sajian makanan yang halal kepada pesakit HCTM bersesuaian dengan status dapur utama yang telah mendapat pensijilan halal daripada Jakim’.
Laporan itu mendapati jawatankuasa penilaian teknikal HCTM tidak mengesyorkan 0267299-T kerana gagal dalam penilaian teknikal, disebabkan ketiadaan sijil halal dan sijil Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP)
Menurut jawatankuasa, syarikat itu juga gagal dalam penilaian teknikal kerana tidak berpengalaman serta tidak mempunyai bilangan pramusaji dan troli makanan yang mencukupi untuk pesakit.