
Ketua Polis Subang Jaya, Wan Azlan Wan Mamat, berkata, lelaki berusia antara 18 dan 19 tahun itu ditahan pada 10 malam semalam.
“Semua lelaki warga tempatan itu ditahan di sekitar Hulu Selangor dan Puchong.
“Penahanan itu membawa kepada rampasan pakaian dan telefon bimbit mangsa. Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat pagi ini untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, menurut Harian Metro.
Dalam rakaman tular baru-baru ini, seorang lelaki dipercayai dilarikan sekumpulan lelaki apabila disumbat ke dalam sebuah lori susulan pergaduhan yang berlaku.
Polis berkata siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada masalah hutang.