Kastam rampas bunga ganja lebih RM5.1 juta

Kastam rampas bunga ganja lebih RM5.1 juta

Bahan terlarang 52kg itu dibawa masuk dari negara jiran menuju ke selatan tanah air.

Rohaizad Ali
Pengarah Kastam Pulau Pinang Rohaizad Ali, berkata bunga ganja itu dibawa masuk dua lelaki tempatan berusia 30-an. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Bunga ganja bernilai lebih RM5.1 juta yang dibawa masuk dari negara jiran untuk dibawa ke selatan tanah air dirampas kastam dalam serbuan dekat Plaza Tol Sungai Petani Selatan, Kedah.

Pengarah Kastam Pulau Pinang Rohaizad Ali, berkata bahan terlarang itu dibawa masuk dua lelaki tempatan berusia 30-an menggunakan kereta sewa.

“Kereta itu dikesan berada di Jitra sebelum pasukan kami mengekori kenderaan berkenaan. Mereka menyedari kehadiran pasukan kami dan terus menghala ke susur keluar tol (Sungai Petani Selatan) sebelum ditahan oleh pasukan (kastam) lain yang menunggu dekat situ.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan itu menemui tiga guni berisi 49 ketulan mampat dadah disyaki bunga ganja seberat 52.047kg, di mana dua guni berada di bahagian but kereta dan satu di tempat duduk penumpang belakang,” katanya menurut Harian Metro.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.