
Pendengaran itu yang dijadualkan hari ini, ditangguhkan selepas Peguam Kanan Persekutuan, Nurhafizza Azizan memaklumkan Hakim Amarjeet Singh, peguam negara berhasrat menolak permohonan kebenaran itu.
Balu bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin, diwakili peguam kanan Gurdial Singh Nijar.
Beliau memohon untuk membatalkan notis sitaan SPRM pada 5 Jun lalu atas dakwaan ia penyalahgunaan proses dan mendakwa Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menggunakan pengaruh tidak wajar atas perkara itu.
Pasukan peguamnya sebelum ini menyifatkan sitaan kedua itu – mengikut Seksyen 51(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Amla) – sebagai “gangguan” memandangkan MACC pernah menyita bangunan pada Disember 2023.
Menara Ilham yang dimiliki keluarga Daim, pertama kali disita mengikut Seksyen 38(1) Akta SPRM 2009.
Menurut MACC, timbalan pendakwa raya memberi kebenaran untuk sitaan kedua selepas menyimpulkan ia dikaitkan dengan dakwaan kesalahan bawah Seksyen 4(1) Amla – khasnya transaksi untuk mengelakkan keperluan pelaporan.
Naimah dalam permohonan itu menamakan beberapa responden, termasuk pegawai penyiasat SPRM Rahi Rahhim @ Rahim, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, SPRM dan Anwar.