15 Sept cuti tambahan sempena Hari Malaysia

15 Sept cuti tambahan sempena Hari Malaysia

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara itu bagi menghargai ukhwah perpaduan dan keistimewaan pembentukan Malaysia.

Sempena Hari Malaysia 16 Sept kerajaan umum 15 Sept sebagai cuti tambahan bagi menggalakkan rakyat menjalinkan silaturahim sesama keluarga di kampung atau bercuti dalam negara.
PETALING JAYA:
Kerajaan mengumumkan 15 Sept ini sebagai hari kelepasan am tambahan sempena sambutan Hari Malaysia.

Ketika mengumumkan perkara itu dalam sidang media khas, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata ia bagi menghargai ukhwah perpaduan dan keistimewaan pembentukan Malaysia.

“Sukacita diumumkan bahawa 15 Sept 2025, Isnin diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bersempena sambutan Hari Malaysia pada tahun ini.

“Hari kelepasan ini bagi menghargai ukhwah perpaduan dan keistimewaan pembentukan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, ini juga bagi memberi galakan agar rakyat menjalinkan silaturahim sesama keluarga di kampung atau meluangkan masa bercuti di dalam negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.