Gaduh di Genting: Polis tahan 8 suspek, kesan 3 lagi

Gaduh di Genting: Polis tahan 8 suspek, kesan 3 lagi

Suspek berusia 28 hingga 61 tahun ditahan di Genting Highlands, Kuala Lumpur dan Selangor hasil maklumat awam.

zhang he gopala krishnan khoo kim fatt
Polis mahu menghubungi (dari kiri) warga China, Zhang He dan dua warga Malaysia, N Gopala Krishnan dan Khoo Kim Fatt. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA:
Polis menahan lapan lelaki dan mengesan tiga lagi suspek yang disyaki terbabit dalam satu pergaduhan di pusat beli-belah SkyAvenue di Genting Highlands dua minggu lalu.

Ketua Polis Bentong, Zaiham Kahar berkata, lapan suspek tersebut ditahan di Genting Highlands, Kuala Lumpur dan Selangor hasil maklumat orang awam.

Beliau berkata lapan suspek lelaki yang ditahan itu terdiri daripada lima rakyat tempatan dan tiga warga asing, berusia antara 28 hingga 61 tahun.

“Semasa tangkapan dibuat, kami turut merampas sebilah pisau dan sebatang besi yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu. Semua lapan suspek kini direman bagi siasatan lanjut.

“Polis masih mengesan tiga lagi individu,” katanya dalam satu kenyataan.

Polis ingin menghubungi dua rakyat Malaysia, N Gopala Krishnan, 33, dan Khoo Kim Fatt, 43, serta seorang warga China, Zhang He.

Kejadian itu yang tular dalam satu video baru-baru ini memaparkan dua kumpulan lelaki bergaduh sesama sendiri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.