
Ketua Polis Lahad Datu, Dzulbaharin Ismail, berkata suspek 30 tahun itu ditahan di pekarangan IPD Lahad Datu dan ketika disoal siasat, dia mengaku melahirkan bayi berkenaan serta meletakkannya di luar rumah.
“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya menurut Harian Metro.
Orang awam menemui seorang bayi cukup sifat yang berbungkus kain di depan rumah tidak bernombor pada 3.06 pagi Jumaat lalu.
Bayi yang masih hidup itu kemudian dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan, tetapi disahkan meninggal dunia pada 7.02 malam hari sama akibat kelahiran pramatang dengan kurang berat badan.