SKMM siasat kandungan palsu sentuh institusi diraja

SKMM siasat kandungan palsu sentuh institusi diraja

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata lelaki itu memuat naik dakwaan tidak berasas di Facebook.

mcmc skmm
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil keterangan individu terbabit di IPD Dang Wangi, semalam.
PUTRAJAYA:
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menyiasat kandungan palsu menyentuh Institusi Diraja dimuat naik oleh individu menerusi akaun Facebook miliknya.

Menurut kenyataan MCMC kandungan berkenaan dipercayai mengandungi dakwaan tidak berasas kononnya Majlis Raja-Raja telah membuat keputusan awal mengenai pelantikan ketua hakim negara.

“Dakwaan tersebut mengelirukan orang ramai dan menjejaskan integriti sistem perundangan negara serta kewibawaan Institusi Diraja,” menurut kenyataan itu.

SKMM memaklumkan individu terbabit telah dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada 2.30 petang semalam.

Menurut, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara hingga dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Agensi itu turut mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang kandungan palsu yang menyentuh agama, kaum dan Institusi Diraja (3R).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.