Tiada petunjuk, operasi kesan pempengaruh tamat

Tiada petunjuk, operasi kesan pempengaruh tamat

Polis berkata proses pencarian akan diteruskan anggota Balai Polis Lenga dengan bantuan pegawai dan anggota IPD Muar secara berkala.

kereta influencer tenggelam
Ketua Polis Muar Raiz Mukhliz Azman Aziz tidak menolak kemungkinan faktor lain menyumbang kehilangan pempengaruh itu. (Gambar Facebook)
MUAR:
Operasi mencari dan menyelamat pempengaruh permotoran Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin yang dilaporkan hilang Isnin lalu setelah kenderaan dipandu terjunam dalam Sungai Tui, Lenga, ditamatkan hari ini.

Ketua Polis Muar Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata pusat kawalan tempat kejadian (PKTK) di lokasi juga ditutup secara rasmi, susulan tiada petunjuk baharu keberadaan mangsa berusia 38 tahun itu.

“Penutupan PKTK dan penamatan operasi juga dibuat berdasarkan pertimbangan memperluas kawasan pencarian ke lokasi lain setelah pencarian terperinci di lokasi kejadian telah selesai,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, ia juga bagi memudahkan penyelarasan dan koordinasi antara agensi terlibat untuk menghadapi kemungkinan kewujudan faktor lain menyumbang kehilangan pempengaruh itu.

Raiz Mukhliz berkata, proses pencarian akan diteruskan anggota Balai Polis Lenga dengan bantuan pegawai dan anggota IPD Muar secara berkala.

Beliau berkata, berkata 77 pegawai dan anggota pelbagai agensi termasuk polis dan bomba terlibat dalam misi pencarian sejak Isnin lalu, menggunakan pelbagai kaedah melalui darat, air serta udara, selain turut melibatkan anjing pengesan, dan dron.

Sebelum ini, media melaporkan kehilangan Tengku Nizaruddin yang merupakan peniaga dan pemilik kedai aksesori kenderaan, selepas kereta Perodua Axia dipandunya terjunam dalam sungai.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.