Azam berkata keluarga itu pada 12 Mei 2015 telah menerima pampasan daripada kerajaan sebanyak RM600,000 kepada keluarga mendiang serta tambahan RM60,000 bagi menampung kos guaman sebagai penyelesaian penuh dan muktamad di bawah Seksyen 7 & 8 Akta Undang-Undang Sivil 1956.
“Namun demikian sebagai tanda keprihatinan, SPRM bersedia memberi sumbangan ihsan kepada keluarga mendiang dalam jumlah yang akan ditentukan kelak bagi tujuan kebajikan dan perbelanjaan pendidikan anak mendiang,” katanya dalam kenyataan.
Teoh ditemukan meninggal dunia pada 16 Julai 2009 di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, selepas berjam-jam disoal siasat SPRM.
Dalam pada itu, Azam turut menzahirkan perasaan simpati dan memohon maaf kepada keluarga Teoh atas penderitaan telah ditanggung sepanjang 16 tahun pemergiannya.
Menurutnya, insiden berkenaan bukan sahaja memberi kesan besar bukan sahaja kepada warisnya tetapi seluruh warga SPRM dan negara.
Jelasnya, selepas peristiwa itu SPRM telah memperbaiki kelemahan dan berusaha membina semula kepercayaan rakyat dengan mengambil pelbagai langkah penambahbaikan untuk memastikan kebajikan individu hadir membantu siasatan sentiasa terpelihara.

Katanya, antara langkah penambahbaikan telah dilaksanakan termasuk mewujudkan bilik rakaman bervideo untuk merekod pernyataan saksi atau saksi, selain meningkatkan ciri teknologi kamera litar tertutup (CCTV) yang turut ditambah di lokasi strategik.
“Kompleks bangunan SPRM juga dilengkapi pemasangan jeriji besi selaras dengan garis panduan pihak berkuasa dan penggunaan kamera badan dalam setiap operasi siasatan bagi merakam aktiviti operasi serta memastikan integriti pegawai siasatan terjaga,” katanya.