
Hussein berkata dalam e-mel dihantar pada 9 Julai itu kepada ibunya yang ditemui polis, Balisong juga memberitahu keluarganya supaya jangan bimbang dengan keadaannya.
“Dia juga mohon maaf kepada keluarganya dan tidak menyatakan bila akan pulang,” katanya pada sidang media.
Beliau turut mengesahkan tiada rekod Balisong keluar dari Malaysia selepa tiba pada 7 Jun lalu.
“Setakat ini enam saksi telah diambil keterangan dan polis juga menyiasat kamera litar tertutup (CCTV) di KL Sentral,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan warga Britain itu dilaporkan hilang oleh keluarganya selepas dipercayai menaiki penerbangan dari negara itu ke Kuala Lumpur Jun lalu tanpa pengetahuan mereka.
Remaja dari Cheadle, Greater Manchester itu memberitahu adiknya dia akan keluar awal ke sekolah kerana sedang menduduki peperiksaan GCE Peringkat A pada 6 Jun lalu.
Siasatan lanjut mendapati Balisong dipercayai menaiki bas menuju KL Sentral selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 7 Jun lalu.