Majlis Media Malaysia lantik ahli lembaga pengasas

Majlis Media Malaysia lantik ahli lembaga pengasas

Permohonan untuk keahlian majlis akan dibuka awal bulan depan dan ditutup akhir September ini.

wartawan
Majlis Media Malaysia mempelawa pemain industri menjadi ahli melalui laman web rasminya. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Ahli lembaga pengasas Majlis Media Malaysia dilantik secara rasmi hari ini merangkumi wakil daripada penerbit, profesional media serta kumpulan berkepentingan awam.

Lembaga pengasas dalam kenyataan memaklumkan permohonan menjadi ahli majlis akan dibuka awal bulan depan dan ditutup akhir September ini.

Berikut senarai ahli lembaga pengasas dilantik:

Pemilik media

  • Phyllis Wong (Utusan Borneo)
  • James Sarda (Sabah Publishing House)
  • Premesh Chandran (Malaysiakini)
  • Ashwad Ismail (Astro Awani)

Profesional media

  • Teh Athira Yusof (Kesatuan Kebangsaan Wartawan)
  • Radzi Razak (Gerakan Media Merdeka)
  • Ronnie Teo (Persatuan Wartawan Bahagian Kuching)
  • Muthameez Manan (Persatuan Media Tamil)

Wakil berkepentingan awam

  • Gayathry Venkiteswaran (Universiti Nottingham Malaysia)
  • Celine Lim (SAVE Rivers)
  • Terence Ooi (Wiki Impact)
  • Azmyl Yunor (Universiti Sunway)

Kerajaan juga boleh melantik dua wakil tambahan ke lembaga ini.

Lembaga pengasas turut mengumumkan dalam mesyuarat pertamanya, Premesh dilantik pengerusi interim sementara menunggu pemilihan penuh lembaga baharu tahun ini.

“Kami sedar penubuhan majlis ini bukanlah penyelesaian mutlak. Membina sebuah majlis berwibawa dan berkesan bagi melindungi kebebasan media serta menyokong kelangsungan industri memerlukan keahlian yang aktif, besar dan komited.

“Kami menyeru semua pihak berkepentingan mengambil tanggungjawab bersama terhadap institusi ini,” kata Premesh.

Pemilik media, profesional, individu dan organisasi terlibat dalam ekosistem media boleh memohon menyertai majlis ini melalui www.majlismedia.my dengan bayaran RM10.

Mesyuarat agung tahunan pertama dijadualkan 7 Nov ini di Kuala Lumpur, di mana lembaga baharu akan dipilih dan perbincangan mengenai struktur yuran keahlian, kod etika industri, mekanisme aduan, belanjawan serta undang-undang kecil berkaitan majlis diadakan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.