Polis tahan lelaki pukul kereta guna rotan

Polis tahan lelaki pukul kereta guna rotan

Timbalan Ketua Polis Timur Laut, Lee Swee Sake berkata suspek ditahan di tepi jalan Persiaran Karpal Singh di George Town pada 10.15 malam tadi.

pukul kereta dengan kayu besi
Tangkap layar video tular menunjukkan suspek meneluarkan rotan sebelum memukul sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Lebuh Pantai di George Town.
PETALING JAYA:
Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki memukul sebuah kereta menggunakan sebatang rotan di Jalan Lebuh Pantai di George Town, Pulau Pinang pada petang Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Polis Timur Laut, Lee Swee Sake berkata lelaki berusia 37 tahun itu ditahan di tepi jalan Persiaran Karpal Singh di George Town pada 10.15 malam tadi.

“Polis berjaya menyelesaikan kes itu dalam masa singkat selepas menahan lelaki tersebut.

“Turut dirampas kereta serta sebatang rotan yang digunakan suspek ketika kejadian itu,” katanya dalam kenyataan lapor Bernama.

Katanya, suspek direman sehari bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan (khianat).

Semalam, polis dilaporkan mengesan seorang lelaki yang disyaki memukul sebuah kereta menggunakan objek dipercayai batang besi di Jalan Lebuh Pantai di George Town pada 4 petang, Jumaat lalu.

Video kejadian itu yang tular di media sosial menunjukkan suspek keluar dari keretanya sebelum memukul sebuah lagi kereta.

Mangsa yang membuat laporan polis mengenai kejadian itu mendakwa mengalami kerugian hampir RM3,000 atas kerosakan pada kereta.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.