
Zambry berkata pertemuan yang berlangsung di kediaman rasmi Anwar di Seri Perdana adalah rutin biasa dengan semua parti dalam kerajaan perpaduan, lapor Berita Harian.
“Saya tidak boleh jelaskan secara terperinci berhubung perbincangan malam tadi, namun tiada isu khusus dibincangkan, sebaliknya ia berkait dasar dan isu semasa yang memerlukan penjelasan perdana menteri,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Jeli.
“Ia (pertemuan) sering diadakan dengan parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan dan diadakan secara berkala.”
Bernama melaporkan mesyuarat itu berlangsung lebih satu jam dan berakhir pada 9.20 malam.
Usaha media mendapatkan komen daripada semua Ahli Parlimen BN itu tidak berhasil.
Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan senator pula dijemput untuk menghadiri satu mesyuarat dengan Anwar di kediaman rasmi beliau pada 14 Julai ini.
Menurut laporan The Star, Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata antara agenda pertemuan itu termasuklah taklimat mengenai perlantikan hakim, dan peluang untuk Ahli Parlimen bertanya soalan.