Polis siasat laporan remaja Britain hilang

Polis siasat laporan remaja Britain hilang

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata IPD KLIA membuka kertas kertas inkuiri polis berkaitan orang hilang.

David Balisong
Jabatan Imigresen mengesahkan David Balisong masuk ke Malaysia pada 7 Jun dengan rekod kemasukan menunjukkan remaja itu tiba di KLIA pada 8.29 pagi.
PETALING JAYA:
Polis menyiasat kehilangan seorang remaja 17 tahun dari Britain yang dilaporkan hilang selepas secara senyap-senyap menaiki penerbangan ke Malaysia.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata IPD Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) membuka kertas siasatan kertas inkuiri polis berkaitan orang hilang berhubung kes terbabit.

Katanya, polis juga berhubung dengan pihak kedutaan Britain untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan remaja itu, David Balisong.

“Kami akan bekerjasama rapat dengan pihak kedutaan dan semua agensi berkaitan dalam usaha mengesan remaja itu,” katanya yang dipetik Berita Harian sebagai berkata.

Ketua Pengarah Imigresen Zakaria Shaaban juga mengesahkan Balisong masuk ke negara ini pada 7 Jun lalu, dengan rekod kemasukan menunjukkan remaja itu tiba di KLIA pada 8.29 pagi.

Balisong, seorang pelajar cemerlang dari Cheadle, Greater Manchester, meninggalkan rumah pada awal pagi 6 Jun dan memberitahu abangnya dia mempunyai urusan di sekolah.

Sebaliknya, remaja itu seorang diri menaiki penerbangan dari Manchester ke Kuala Lumpur. Sejak itu, dia mematikan telefon dan tidak membalas e-mel.

Dilahirkan di UK kepada ibu bapa Filipina, Balisong tidak mempunyai sebarang hubungan diketahui dengan Malaysia. Dia berlepas dengan £1,200 (RM6,900) dalam akaun banknya dan diberi visa 90 hari semasa ketibaan.

Dia berada dalam pengajian A-level dan bercita-cita untuk belajar sains komputer di Universiti Manchester, dengan impian untuk bekerja dengan Nasa.

Keluarga Balisong melancarkan kutipan derma untuk membantu membiayai perjalanan mereka ke Malaysia bagi mencari remaja itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.