Disyaki tipu RM140,000 bangun sekolah agama, penceramah bebas direman

Disyaki tipu RM140,000 bangun sekolah agama, penceramah bebas direman

Suspek berusia 39 tahun direman tiga hari susulan dua laporan di Gombak dan Shah Alam.

handcuff
Penceramah bebas direman bermula hari ini bagi bantu siasatan kes tipu pembangunan sekolah agama.
SHAH ALAM:
Penceramah bebas direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penipuan pembangunan sekolah agama berjumlah RM140,000, baru-baru ini.

Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 39 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan dilapor berkata, polis menerima dua laporan berhubung kes penipuan berkenaan, masing-masing di daerah Gombak dan Shah Alam membabitkan dua mangsa iaitu wanita tempatan berusia awal 40-an.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.