
Perkembangan ini akan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam transformasi teknologi komunikasi, menurut Kementerian Komunikasi.
Menteri Fahmi Fadzil mengetuai delegasi Malaysia ke sidang kemuncak yang berlangsung di Geneva, Switzerland dari 7 hingga 11 Julai.
Penyertaan Malaysia sebahagian usaha berterusan kerajaan memperkukuh ekosistem teknologi komunikasi negara yang inklusif serta selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan.
“Penyertaan ini membawa pelbagai manfaat strategik kepada negara, termasuk pengiktirafan global terhadap kepimpinan Malaysia dalam perluasan capaian Internet luar bandar, keterangkuman teknologi komunikasi serta inisiatif memperkasakan celik teknologi maklumat dan komunikasi rakyat seiring dengan nilai kesejahteraan
Malaysia Madani,” menurut kenyataan.
WSIS merangkumi beberapa komponen utama termasuk Garis Tindakan WSIS, iaitu rangka kerja yang mencakupi 11 bidang tumpuan berkaitan ICT seperti prasarana, pembangunan kapasiti, keselamatan siber dan persekitaran sokongan.
Sepanjang WSIS+20, Fahmi dijadual mengadakan lebih 10 mesyuarat dua hala bersama rakan sejawat, antaranya dari United Kingdom, Arab Saudi, Poland,
Somalia, Greece, Rusia dan Algeria. Menteri juga akan bertemu Setiausaha Agung Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), Doreen Bogdan Martin.
Jendela adalah rancangan penyediaan infrastruktur digital yang komprehensif bertujuan untuk memberi perkhidmatan Internet tetap dan mudah alih yang berkualiti kepada pengguna.
Pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mendesak kerajaan bertindak segera dalam menghasilkan rancangan yang dapat menangani isu akses kepada internet berkualiti bagi perkhidmatan tetap dan mudah alih.
Nadi dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan objektif menyediakan capaian internet secara kolektif kepada komuniti khususnya di luar bandar dan dari kawasan yang kurang liputan perkhidmatan, antara lain.