
Mereka juga perlu menunjukkan komitmen pada perjuangan sekiranya mahu kembali menyertai Umno.
Presiden Umno Zahid Hamidi dilapor berkata demikian dalam ucapan pada mesyuarat Umno Lumut di Manjung, Perak, yang antara lain menekankan pendekatan bijaksana dalam menangani perkara ini.
“Pendekatan kita mestilah berlandaskan kebijaksanaan. Jika tidak, mustahil bagi mereka yang digantung atau bukan lagi ahli Umno kembali bersama kita,” katanya lapor Berita Harian.
Semalam, Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berkata bekas pemimpin yang digantung atau dipecat perlu buang rasa ego masing-masing sekiranya masih sayangkan parti, selepas Zahid menyatakan kesediaan untuk menerima rayuan.
Akmal juga menyatakan kesediaan untuk menjadi jambatan membawa semula Hishammuddin Hussein, Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan kembali.
Sebelum ini media melaporkan Hishammuddin, yang juga bekas naib presiden, memberi bayangan tidak akan merayu penggantungan keahliannya.