
Ketua Polis Dang Wangi Sulizmie Affendy Sulaiman berkata semua suspek berusia antara 18 hingga 47 tahun itu membuat bayaran sebanyak RM8,700 menggunakan 87 keping wang kertas RM100 yang disahkan palsu.
“Semasa tangkapan, polis turut merampas 87 keping wang kertas RM100 disyaki palsu, sekeping wang tunai RM50 dan RM20, dua beg silang jenama Louis Vuitton, tiga telefon bimbit jenis iPhone serta kad akses bilik hotel,” menurut kenyataan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan kerana menggunakan wang palsu dan semua suspek direman selama enam hari bermula 4 Julai lalu sehingga 9 Julai ini bagi membantu siasatan.
Polis menasihati orang ramai supaya tidak mengedarkan semula wang yang disyaki palsu, sebaliknya menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
“Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan menerusi hotline polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999, Pusat Kawalan IPD Dang Wangi di talian 03-2600 2222, atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.