7 cedera bas langgar palang had ketinggian

7 cedera bas langgar palang had ketinggian

Kejadian malam tadi libat bas membawa 19 penumpang dari Kajang ke Melaka.

kemalangan bas nilai
Keadaan bas selepas terlanggar palang had ketinggian di Jalan Arab Malaysian, Nilai, Negeri Sembilan.
SEREMBAN:
Tujuh individu termasuk pemandu cedera ringan selepas bas ekspres dinaiki mereka terlanggar palang had ketinggian dalam kejadian di Jalan Arab Malaysian, di Nilai.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Azmi Hamid, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian membabitkan empat lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 30 hingga 50-an kira-kira 10.30 malam tadi.

“Bas yang membawa 19 penumpang terbabit dipercayai dalam perjalanan dari Kajang, Selangor ke Melaka.

“Semua mangsa yang cedera menerima rawatan di zon hijau Hospital Serdang,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kerja penyelamatan membabitkan sembilan anggota.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.