Buat hantaran jelik terhadap Agong, warga emas diarah jalani penilaian psikiatri

Buat hantaran jelik terhadap Agong, warga emas diarah jalani penilaian psikiatri

Pada 20 Jun lalu, mahkamah mengeluarkan waran tangkap selepas tertuduh gagal hadir ke mahkamah dua kali.

warga emas hina agong
Tiada sebarang pertuduhan dibacakan terhadap tertuduh di Mahkamah Sesyen Sepang memandangkan di mengalami masalah kesihatan dan pendengaran. (Gambar Bernama)
SEPANG:
Seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan membuat hantaran komunikasi jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menerusi Facebook miliknya Februari lalu.

Tetapi, tiada sebarang pertuduhan dibacakan terhadap lelaki berumur 61 tahun itu memandangkan dia mengalami masalah kesihatan dan pendengaran.

Hakim Ahmad Fuad Othman membenarkan tertuduh menjalani penilaian psikiatri sebelum sebutan semula kes ditetapkan 15 Ogos ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Fadhli Ab Wahab bersama Pegawai Pendakwa SKMM, Mohamad Azmir Mohd Razali.

Pada 20 Jun lalu, mahkamah mengeluarkan waran tangkap selepas tertuduh gagal hadir ke mahkamah dua kali.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama yang membawa denda maksimum RM50,000 atau hukuman penjara setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.