
Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas memikirkan tentang impak dan pandangan negatif yang akan diterima dengan pembabitannya dalam perniagaan vape.
“Jawatan berkenaan hanya jawatan tidak bergaji dan lebih kepada bersifat (aktiviti) badan bukan kerajaan (NGO) sahaja. Sesiapa sahaja boleh dilantik ke jawatan berkenaan.
“Bukan salah menteri kesihatan (Dzulkefly Ahmad) apabila mengeluarkan surat pelantikan berkenaan tetapi lebih kepada kelemahan saya sendiri. Maka saya telahpun meletakkan jawatan itu demi kepentingan semua pihak,” katanya di Facebook hari ini.
Tambahnya, beliau menerima tawaran jawatan tersebut dengan niat asal bagi membantu hubungan dua hala antara pesakit dan hospital.
Sebelum ini, Adzwan memuat naik sepucuk surat pelantikan itu pada 23 Jun lalu dan ia turut ditandatangani oleh Dzulkefly.
Pelantikan itu menimbulkan kritikan kerana jawatan berkenaan berkait dengan kesihatan yang bercanggah dengan perniagaan vape dijalankan Adzwan.