2 maut bas bertembung 2 lori di Johor

2 maut bas bertembung 2 lori di Johor

Seramai 16 lagi penumpang dan pemandu bas cedera, manakala 28 penumpang bas dan dua pemandu lori tidak cedera.

kemalangan bas persiaran batu pahat
Keadaan di lokasi nahas di KM80.7 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan dekat Ayer Hitam, Johor malam tadi. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Dua maut dan 16 lagi cedera selepas bas persiaran terbabit kemalangan dengan dua lori di KM80.7 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan dekat Ayer Hitam, Johor.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam, Md Isa Masngun, berkata tujuh anggota bergegas ke lokasi selepas panggilan kecemasan diterima pada 12.44 tengah malam tadi.

Menurutnya, nahas itu membabitkan sebuah bas persiaran membawa 46 orang termasuk pemandu dan dua lori.

“Terdapat dua mangsa, iaitu penumpang bas tersepit dan disahkan maut di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata, 16 lagi penumpang dan pemandu bas cedera, manakala 28 penumpang bas lain tidak cedera.

Katanya, pemandu lori tunda 42 tahun dan pemandu lori tangki 33 tahun selamat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.