Mayat wanita, anak ditemui reput dalam pangsapuri

Mayat wanita, anak ditemui reput dalam pangsapuri

Polis berkata pihaknya menerima maklumat orang awam berkaitan bau busuk disyaki bau mayat dari unit rumah itu semalam.

garisan polis
Pasukan polis dan anggota bomba yang memecah masuk ke dalam unit pangsapuri itu menjumpai mayat seorang wanita dan kanak-kanak perempuan di bilik utama dalam keadaan telah reput.
GEORGE TOWN:
Seorang wanita dan anak perempuannya berusia dua tahun ditemui meninggal dunia dalam sebuah pangsapuri di Jalan Bukit Gambir, di sini.

Ketua Polis Timur Laut, Abdul Rozak Muhammad, berkata pihaknya menerima maklumat orang awam berkaitan bau busuk disyaki bau mayat dari unit rumah berkenaan pada 4.41 petang semalam.

“Pasukan daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Timur Laut dibantu anggota bomba memecah masuk ke dalam rumah itu dan menjumpai mayat seorang wanita dan kanak-kanak perempuan di bilik utama dalam keadaan telah reput.

“Berdasarkan dokumen pengenalan diri, didapati masing-masing berumur 40 dan dua tahun serta dipercayai hubungan mereka adalah ibu dan anak,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, pakar forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) dan Pasukan Siasatan Forensik IPK Pulau Pinang turut dipanggil membantu siasatan di tempat kejadian.

Mayat dihantar ke Jabatan Forensik HPP untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.