CYDES 2025 komitmen kerajaan perkukuh keselamatan siber, kata TPM

CYDES 2025 komitmen kerajaan perkukuh keselamatan siber, kata TPM

Zahid Hamdi berkata pameran itu mengetengahkan kepentingan membina daya tahan dalam menghadapi ancaman siber

zahid hamidi
Zahid Hamidi selepas melancarkan Pameran dan Persidangan Pertahanan & Keselamatan Siber (CYDES) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Penganjuran Pameran dan Persidangan Pertahanan & Keselamatan Siber (CYDES) 2025 mencerminkan usaha kerajaan dalam memperkukuh keselamatan siber negara.

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi menyatakan perkara demikian ketika melancarkan CYDES yang berlangsung selama tiga hari hingga Khamis di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

“Bertemakan Advancing Cyber Resilience, CYDES 2025 mengetengahkan kepentingan membina daya tahan dalam menghadapi ancaman siber yang semakin kompleks dan mencabar,” katanya.

Acara dwitahunan itu dianjurkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri melalui Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dengan kerjasama Alpine Integrated Solution Sdn. Bhd (AIS) selaku penganjur bersama.

Ketua Pengarah MKN Raja Nushirwan Zainal Abidin turut menekankan daya tahan siber bukan lagi satu pilihan, malah menjadi keperluan asas.

“Ia dalam menghadapi landskap digital yang kian dinamik dan berisiko tinggi,” katanya.

Untuk maklumat lanjut berkait CYDES 2025, layari laman web rasmi atau emel ke [email protected] atau [email protected].

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.