Shuhaily dilantik KP AKPS berkuat kuasa esok, kata KSN

Shuhaily dilantik KP AKPS berkuat kuasa esok, kata KSN

Mohd Shuhaily akan memegang tanggungjawab itu hingga 30 Jun 2027.

Ketua Polis Negara Mohd Khalid Ismail menyaksikan simbolik penyerahan tugas antara Mohd Shuhaily Mohd Zain (kiri) dengan Fadil Marsus (kanan) pada majlis serah terima tugas jawatan pengarah jabatan siasatan jenayah. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik sebagai ketua pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Kementerian Dalam Negeri bagi tempoh dua tahun mulai esok hingga 30 Jun 2027.

Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar berkata beliau yakin Shuhaily, 53, yang memiliki pengalaman luas dalam perkhidmatan polis selama 26 tahun mampu menerajui kepimpinan AKPS dengan lebih cemerlang.

“Ia berdasarkan kompetensi serta pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam pelbagai unit di Polis Diraja Malaysia termasuk di peringkat nasional dan antarabangsa.

“Kepimpinan beliau juga diyakini dapat memperkukuh kawalan sempadan negara ke tahap tertinggi serta memperteguh budaya integriti dalam perkhidmatan berteraskan nilai-nilai Madani,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Shuhaily berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Sarjana Sains Pengajian Strategik Universiti Teknologi Nanyang di Singapura.

Beliau pernah berkhidmat di Washington, Amerika Syarikat sebagai Pegawai Atase (Polis) dari 2010 hingga 2013 dan menyandang jawatan pengarah JSJ Bukit Aman pada 15 Ogos 2023.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.