
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) serta Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam kenyataan bersama berkata, pegawai ICA mengesan dua bungkusan dipercayai mengandungi dadah terkawal disembunyikan bawah penutup bahagian depan motosikal ditunggang wanita itu semasa pemeriksaan dipertingkatkan di Pusat Pemeriksaan Woodlands.
“CNB segera dimaklumkan dan pemeriksaan lanjut menemui keseluruhan tujuh bungkusan di lokasi sama,” menurut kenyataan itu semalam.
Pihak berkuasa berkata, bungkusan itu kemudian didapati mengandungi 1,057g ganja dan 973g ‘ice’.
Dadah yang dirampas itu berpotensi dibekalkan kepada kira-kira 700 penagih selama seminggu. Siasatan masih dijalankan.
Individu mengimport atau mengeksport lebih 250g methamphetamine atau 500g ganja ke atau dari Singapura boleh berdepan hukuman mati mengikut Akta Penyalahgunaan Dadah 1973.