PRN Sabah: PBS tolak kerjasama dengan BN

PRN Sabah: PBS tolak kerjasama dengan BN

Majoriti ahli majlis tertinggi PBS tidak bersetuju untuk bekerjasama dengan BN.

Pemangku Presiden PBS Joachim Gunsalam ulangi komitmen PBS untuk perkukuh hubungan dengan komponen GRS. (Gambar Facebook)
KOTA KINABALU:
Parti Bersatu Sabah (PBS) menolak kerjasama politik dengan Barisan Nasional (BN) pada PRN17 akan datang.

Pemangku Presiden Joachim Gunsalam berkata pendirian itu dibuat selepas majoriti ahli majlis tertinggi tidak bersetuju untuk bekerjasama dengan BN dalam pilihan raya berkenaan.

PBS turut menegaskan pendirian untuk terus setia bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada PRN itu.

“Pendirian kita jelas. PBS akan terus bekerjasama dalam gabungan GRS dan komited terhadap kerjasama politik ini menjelang PRN itu.

“PBS turut mengulangi komitmen untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama dengan komponen GRS iaitu Parti Solidariti Tanah Airku yang dipimpin Jeffrey Kitingan,” katanya dalam kenyataan.

Penggal lima tahun DUN Sabah akan berakhir pada 11 Nov.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.