Warga Indonesia ditahan bersama 20kg syabu

Warga Indonesia ditahan bersama 20kg syabu

Polis berkata buruh itu tiada rekod lampau, tetapi disahkan positif methamphetamine dan amphetamine.

Ketua Polis Ampang Jaya Mohd Azam Ismail berkata lelaki itu ditahan di kawasan Melawati Mall, Taman Melawati ketika berjalan kaki sambil menjinjit sebuah beg kanvas pada 12.35 tengah hari Ahad lalu. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA:
Seorang warga Indonesia ditahan Ahad lalu kerana memiliki syabu lebih 20kg.

Ketua Polis Ampang Jaya, Mohd Azam Ismail, berkata buruh itu ditahan di kawasan Melawati Mall, Taman Melawati ketika berjalan kaki sambil menjinjit sebuah beg kanvas pada 12.35 tengah hari.

“Bungkusan plastik hitam di dalamnya mengandungi 20 peket plastik bertulisan dan setiap bungkusan terdapat satu bungkusan plastik lutsinar berisi syabu,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, syabu dianggarkan bernilai RM80,000 itu dipercayai boleh dibekalkan kepada kira-kira 20,850 penagih dadah di Lembah Klang.

Menurutnya, ujian saringan air kencing lelaki berusia 50 tahun yang tinggal di Malaysia kira-kira 10 tahun itu mendapati suspek positif methamphetamine dan amphetamine.

Katanya, suspek yang tiada rekod lampau direman tujuh hari hingga Ahad depan untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.