RON97, diesel naik 7 sen

RON97, diesel naik 7 sen

Harga runcit diesel di Semenanjung naik kepada RM2.88 seliter manakala RON97 pula RM3.21

PETALING JAYA:
Harga runcit diesel di Semenanjung dan RON97 naik 7 sen bagi minggu mendatang.

Bagi tempoh 26 Jun hingga 2 Julai, harga runcit diesel di Semenanjung dikemas kini kepada RM2.88 seliter, naik daripada RM2.81 seliter namun masih rendah berbanding harga diapungkan pada 10 Jun tahun lalu iaitu RM3.35 seliter.

Manakala, harga runcit RON97 naik daripada RM3.14 seliter kepada RM3.21 seliter.

Kenaikan itu seiring peningkatan harga pasaran minyak dunia, menurut Kementerian Kewangan.

Dalam pada itu, harga runcit RON95 kekal pada RM2.05 seliter, begitu juga harga diesel di Malaysia Timur iaitu RM2.15 seliter.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.